http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.550.2
Awasi bisnes 'palsu'
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)
REALITINYA, tiada siapa yang akan menolak jika ditawarkan kekayaan dan keuntungan berlipat kali ganda dalam satu pelaburan atau peluang perniagaan yang kelihatan mudah tanpa perlu banyak berusaha.
Malangnya, pelaburan dan peluang perniagaan dengan jaminan sebegitu yang ada ketika ini kebanyakannya mempunyai maksud lain di sebaliknya, atau lebih tepat lagi merupakan satu penipuan.
Apa yang ditemuinya adalah sesuatu yang mengejutkan apabila peluang perniagaan itu sebenarnya tidaklah menguntungkan sebaliknya mereka yang pernah menyertainya berdepan dengan risiko kerugian yang besar. Benar jika diperhatikan daripada kes ini, kesilapan rakan tadi dan mangsa-mangsa lain adalah kerana mudah mempercayai syarikat tersebut sehingga sanggup menyerahkan sejumlah wang pada pertemuan kali pertama. Agak memeranjatkan untuk mengetahui bahawa syarikat ini dengan modus operandi yang sama masih lagi menjalankan aktiviti mereka setelah bertahun-tahun memanipulasi orang ramai yang pada mulanya berniat untuk memulakan perniagaan sendiri.
Penipuan
Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, pihaknya menyedari aktiviti penipuan syarikat terbabit apabila menerima banyak aduan daripada mangsa-mangsa lewat kebelakangan ini.
Melihat kepada modus operandi yang digunakan ujarnya, syarikat itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Jualan Langsung 1993 kerana menjalankan perniagaan secara tele-marketing atau menerusi panggilan telefon.
Mangsa tambahnya, perlu mengetahui bahawa syarikat berkenaan tidaklah kebal seperti yang disangka dan masih ada akta serta undang-undang yang boleh melindungi mereka yang jelas teraniaya dengan taktik syarikat tersebut. Pengalaman rakan penulis baru-baru ini terjerat dengan sebuah syarikat yang menawarkan peluang perniagaan mesin yang menjual air, tiket dan kad tambah nilai. Selepas terpedaya dengan janji-janji keuntungan yang lumayan ketika menghadiri satu sesi penerangan, rakan ini telah membayar sejumlah wang pendahuluan yang agak besar, dengan baki modal dibayar sebaik pinjaman kewangan diluluskan.
"Bagaimanapun usaha mendakwa syarikat ini tidak akan berjaya sekiranya mangsa-mangsa mereka tidak tampil ke hadapan dan membuat laporan kepada polis atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) seterusnya bersedia untuk menjadi saksi di mahkamah.
PPIM dalam usaha ini bersedia membantu mangsa-mangsa dan mereka boleh menghubungi kami di talian 019-3591000 atau dengan melayari lawan web www.muslimconsumer.org.my,'' katanya.
Dalam masa yang sama Noor Nirwandy berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa memandang serius penipuan syarikat terbabit yang mengaut keuntungan besar dengan menjerat orang ramai.
Ini kerana ujarnya, syarikat terbabit ketika ini semakin aktif memperdaya orang ramai dan aktiviti mereka itu perlu dihentikan dengan segera.
Dalam masa yang sama beliau menambah, PPIM juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sebarang pelaburan atau peluang perniagaan dan bersetuju untuk menyertainya tanpa menyelidiki terlebih dahulu syarikat tersebut.